Wednesday, 24 May 2017

Marhaban Ya Ramadhan

Tanggal 1 Ramadhan 1438 yang jatuh pada Sabtu ini semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan al Mubarak.

Sudah semestinya rata-rata antara kita tidak sabar untuk masuk ke dalam bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada masa ini semua umat islam akan berpuasa pada siang hari lebih kurang lebih dari 12 jam mengikut waktu Malaysia selama sebulan. Kelebihan berpuasa adalah bukan sekadar mendapat pahala semata-mata, umat Islam juga dapat menahan diri daripada lapar, dahaga, segala perbuatan keji dan mungkar dan yang paling penting dapat merasai penderitaan dan mendalami situasi orang-orang yang susah mendapat makanan dalam kehidupan seharian mereka. Jadi marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita dengan penuh rasa syukur. 


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Friday, 14 April 2017

ADAB atau BIADAP?

Assalamualaikum wbt... 

Pagi ini saya ingin mengulas sedikit coretan atau luahan perasaan daripada seorang insan yang prihatin akan adab dan kesantunan remaja pada zaman sekarang. Insan itu ialah Nisah Haron. Mungkin ramai sudah mengenali beliau jadi saya ingin meneruskan ulasan saya secara ringkas dan padat. Nisah Haron menyatakan dalam status facebooknya bahawa kita sebagai golongan mahasiswa dan mahasiswi perlulah menjaga adab-adab ketika menuntut ilmu. Mungkin pensyarah di universiti tidak sama seperti guru yang berada di alam persekolahan kita dahulu yang tidak lari seperti ibu bapa kita di rumah yang sering menegur apabila kita melakukan kesilapan. Akan tetapi, apabila kita bergelar mahasiswa dan mahasiswi di universiti-universiti awam mahupun swasta, sepatutnya hal demikian tidak berulang lagi kerana rata-rata antara kita sudah cukup matang untuk menilai mana yang lebih beradab,dan mana yang kurang beradab. 

Malangnya apa yang dijangka sangat menyedihkan, kerana majoriti antara kita ambil remeh tentang hal yang mungkin dianggap tidak serius sedangkan ia merupakan hal yang besar. Memandangkan semua maklumat boleh diakses pada zaman serba moden dan canggih ini, mahasiswa dan mahasiswi makin ambil mudah tentang perkara seperti adab ketika hendak memulakan sesuatu perkara seperti ingin bertanya kepada pensyarah dalam whatsApp, pesanan ringkas, ingin menghantar tugasan melalui e-mel, dan sebagainya. Guna lah tatabahasa, laras bahasa dan ejaan yang betul ketika hendak menaip sesuatu. Sebaiknya, mulakan sesuatu dengan sapaan yang mesra atau memberi salam jika kita seorang muslim. Tunjukkan keperibadian yang sebenar yang perlu kita lakukan sebagai seorang muslim dan juga sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi. Ingatlah bahawa jika kita mahu orang hormat kita, maka hormatlah mereka dahulu. 

What you give, you get back! :)

Sunday, 9 April 2017

Hujan Rahmat

Merenung ke luar jendela. Memikirkan nasib apa yang bakal aku dapat dengan jawabkan yang aku bagi test petang tadi. Minggu depan hari Sabtu last test praktikal untuk Ko-K yang aku pilih. Bersedia atau tidak aku kena hadap semua ni. Dan aku nekad nak drop Ko-K yang aku ambil sekarang pada sidang hadapan sebab berat sangat untuk aku ambil. Memandangkan subjek semester ni agak TOUGH dan akan datang lagi bertambah TOUGH dan TOUGH. Semoga keputrusan yang aku buat merupakan keputusan yang terbaik untuk diri aku dan masa akan datang.

Sedang syok menaip kedengaran bunyi guruh di langit. Cuaca pun agak panas malam ini. Tanda-tanda macam nak hujan. Orang cakap antara doa paling mustajab adalah sewaktu hujan turun membasahi bumi. Semoga Allah menjaga dan melindungi orang-orang yang aku sayang. In shaa Allah. aamiin.


Seorang pendosa :)

Saturday, 8 April 2017

kerana terpaksa aku gagahkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lamanya aku tak update. hihi. Meh nak share sikit. Tahu tak cuti pertengahan semester aku yang tak sampai seminggu is over! Sedih kena tinggalkan keluarga tercinta buat sementara waktu. Tapi lagi sedih sebab kena balik Penang awal! Sepatutnya esok atau Isnin aku baru balik. Tapi disebabkan esok ada test (ahad pun nak kacau.hihi) apa boleh buat, Ikhlaskan hati mohon kemaafan leburlah dosa ditapak tangan lupakan segala silap dan salah. eh nyanyi pulak. hehe. Ampun.

Wish me best of luck guys! 
Selamat malam :)

Thursday, 23 February 2017

Permata Hati cik Mizi & cik Jah

Pada detik 11.45 malam, tanggal 17 April 1995, di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilanaku selamat dilahirkan di atas muka bumi cipta Tuhan yang paling indah ini. Ini merupakan anugerah yang terindah buat cik Mizi dan cik Jah kerana aku merupakan anak perempuan ke tiga merangkap anak bongsu mereka. Nor Azira nama yang cukup manis seperti orangnya mungkin telah didaftar dalam sijil kelahiran aku yang sah. Terima kasih untuk nama yang indah itu mak dan ayah! Semasa kelahiran aku, ayah adalah insan yang paling teruja dan gembira kerana mak sering menceritakan pada kami adik beradik bahawa ayah kerap menelefon hospital bertanyakan keadaan mak dan aku sehingga misi di hospital itu memarahi ayah supaya tenang sahaja kerana mak dan aku berada dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Syukur alhamdulillah, seorang manusia hebat bergelar mak selamat melahirkan aku dengan keadaan normal tanpa sebarang pembedahan tambahan lagi kesemua anak-anak mak dan ayah aku dilahirkan dengan keadaan normal. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada mak. Terima kasih mak! Mak wanita hebat! 

Pernah juga aku menyoal mak aku bagaimana pengalaman beliau semasa mengandungkan aku, adakah mencabar? mak menceritakan dengan panjang lebar dan jelas satu persatu cabaran-cabaran semasa mengandungkan aku, dan salah satu perkara yang mak aku suka lakukan adalah mak suka menghidu biji kopi kerana kata mak baunya wangi dan kalau boleh hendak bawa biji kopi itu ke mana sahaja beliau pergi. 

Mak menceritakan lagi bahawa ayah lah yang menguruskan segala-galanya dari A sampai Z, daripada mak bersalin anak pertama sampailah melahirkan aku kerana nenek aku meninggal dunia semasa mak mengandungkan kakak aku yang sulong merangkap anak pertama dalam keluarga kami. Mak sangat beruntung memiliki ayah! 

Akhir kata, semoga mak dan ayah aku sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal bahagia bersama kami dunia dan akhirat dan semoga aku berjumpa lelaki seperti ayah pada abad ini suatu hari nanti dan aku akan cuba menjadi seperti idola aku iaitu mak. in shaa Allah. aamiin. 


ikhlas~anakandamu, Azira Tarmuzi.Permata hati cik Mizi & cik Jah.24022017~3.46p.m