Thursday, 23 February 2017

Permata Hati cik Mizi & cik Jah

Pada detik 11.45 malam, tanggal 17 April 1995, di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilanaku selamat dilahirkan di atas muka bumi cipta Tuhan yang paling indah ini. Ini merupakan anugerah yang terindah buat cik Mizi dan cik Jah kerana aku merupakan anak perempuan ke tiga merangkap anak bongsu mereka. Nor Azira nama yang cukup manis seperti orangnya mungkin telah didaftar dalam sijil kelahiran aku yang sah. Terima kasih untuk nama yang indah itu mak dan ayah! Semasa kelahiran aku, ayah adalah insan yang paling teruja dan gembira kerana mak sering menceritakan pada kami adik beradik bahawa ayah kerap menelefon hospital bertanyakan keadaan mak dan aku sehingga misi di hospital itu memarahi ayah supaya tenang sahaja kerana mak dan aku berada dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Syukur alhamdulillah, seorang manusia hebat bergelar mak selamat melahirkan aku dengan keadaan normal tanpa sebarang pembedahan tambahan lagi kesemua anak-anak mak dan ayah aku dilahirkan dengan keadaan normal. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada mak. Terima kasih mak! Mak wanita hebat! 

Pernah juga aku menyoal mak aku bagaimana pengalaman beliau semasa mengandungkan aku, adakah mencabar? mak menceritakan dengan panjang lebar dan jelas satu persatu cabaran-cabaran semasa mengandungkan aku, dan salah satu perkara yang mak aku suka lakukan adalah mak suka menghidu biji kopi kerana kata mak baunya wangi dan kalau boleh hendak bawa biji kopi itu ke mana sahaja beliau pergi. 

Mak menceritakan lagi bahawa ayah lah yang menguruskan segala-galanya dari A sampai Z, daripada mak bersalin anak pertama sampailah melahirkan aku kerana nenek aku meninggal dunia semasa mak mengandungkan kakak aku yang sulong merangkap anak pertama dalam keluarga kami. Mak sangat beruntung memiliki ayah! 

Akhir kata, semoga mak dan ayah aku sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal bahagia bersama kami dunia dan akhirat dan semoga aku berjumpa lelaki seperti ayah pada abad ini suatu hari nanti dan aku akan cuba menjadi seperti idola aku iaitu mak. in shaa Allah. aamiin. 


ikhlas~anakandamu, Azira Tarmuzi.Permata hati cik Mizi & cik Jah.24022017~3.46p.m